Pages

Thursday, September 11, 2014

BILA STRESS, AKU AKAN........


Tajuk entry macam soalan karangan budak sekolah rendah. Kena habiskan ayat tersebut macam buat karangan. Hehe....... Lebih kuranglah.....

Kerja macam aku ni yang dealing with humans memang selalu stress. Susah sebenarnya wei sebab kalau kita kerja dealing with tools or machine, dah semestinya tidak ada tindak balas. Kalau ada pun mungkin sebab mesin rosak ke, jammed ke tapi kalau berurusan dengan manusia susah sebab masing-masing ada emotions, ada ego..... Either you let it go melepaskan apa yang you tak puas hati secara direct by actions or speaks. Atau you pendam saja. Itu yang mungkin datangnya stress.

Persoalannya sekarang, what would you do when you stress?
Aku? Kalau aku, aku ada beberapa cara lah kalau aku berdepan dengan stress.
Antaranya :

1. Tak fikirkan sangat, let it go
Ini yang paling kerap aku praktikkan. Buat apa nak fikir-fikirkan sangat, buat sakit kepala je. Buat macam biasa je, biar ianya berlalu. Contohnya kalau kita stress sebab banyak sangat kerja. Buat macam biasa, kerja tu buat jugak. Slow pun slow lah janji siap, kannn? Daripada kita tak buat langsung takut kerja tu makin bertambah. Don' over thinking about it! Believe me.

2. Shopping
This my favourite one, seriously!
 
 
But depends on budget lah. And the stress is not because of MONEY! Thats why every month sekarang aku suka kumpul sikit-sikit untuk kegunaan time-time macam ni. Sikit-sikit lama-lama banyak beb! Or you main kutu. For me shopping is the best therapy. Ya lah, kalau stress biasanya hati kita tak senang, gundah gelana, tak tentu arah so nak menenangkan dan mengembirakan hati pergilah shopping. Shopping is not only for the girls sajer yer. 
Beli lah apa-apa yang kita suka. Kalau macam aku aku suka shooping baju. Baju kerja ke, baju jalan ke baju workout ke? Sampai dah penuh ke wardrobe. Or kalau budget banyak sikit suka beli perfume set, more worth it.

3. Massage
Orang lain aku tak tahu. Tapi kalau aku massage pun salah satu cara aku tangani stress. Especially kalau stress disebabkan banyak sangat berfikir atau stress sebab banyak sangat kerja yang melibatkan fizikal. Tapi kalau kerja macam aku stress sebab banyak sangat berfikir la. Pada aku penat berfikir sebenarnya lagi penat berbanding penat yang disebabkan buat kerja fizikal macam angkat barang la, mengemas la....
So kalau aku stress berfikir, aku suka buat massage upper body and request more to head massage.
Hahhh nikmatnya...

4. Isolated yourself
Cara ni biasanya kalau aku stress atau tak puas hati dengan orang. Aku akan cari ruang untuk tidak bergaul dengan orang, try to cooling myself first. Ya la takut kita terlepaskan stress kita tu kat orang lain. Dalam tempoh pengasingan diri tu aku lebih suka buat perkara-perkara yang aku suka. Contohnya kalau aku berada di rumah aku jengok kat celah-celah tingkap, jiran-jiran aku tak ada, aku akan buka muzik kuat2 playing around with home theatre. Or play my favourite DVD.
 
5. Going back to hometown
Ni pun one of the theraphy yang aku buat, tapi jarang lah sebab kita ada komitment dengan waktu kerja kan? Tapi for me, ia membantu jugaklah....
Bila kita tengok muka mak bapak kita kadang-kadang hati kita cepat cool. Berbual-bual dengan mak bapak kita or do somethings with your parents macam bawak dia orang jalan-jalan ke makan-makan ke.... its also can help reduce ur stress level.

So ni semua antara yang aku praktikkan. Tapi lain orang mungkin lain caranya. Perasan tak aku langsung tak masukkan spritual punya methods. Pada aku sembahyang dan berdoa itu adalah sesuatu yang wajib dilakukan sepanjang masa, bukan hanya buat bila ko stress. Faham kan maksud aku?

Ok, babai.....
Sayang semuanya.


Tuesday, September 9, 2014

KELAS GROOMING 5 : LELAKI BERJAMBANG TREND 2014



Holla.....

Ingat lagi tak, kalau sebelum ni saya ada buat kelas grooming trend lelaki bermisai?
So kali ni saya nak share satu lagi trend yang para lelaki metro kat luar sana tengah kemaruk follow
iaitu BERJAMBANG!

Kalau sebelum ni berjambang tu lebih sinonim dengan pendakwah islam (kena gunakan istilah yang appropriate) tabligh dan sebagainya atau yang kurang masa untuk bercukur (excuse or fact?) tapi sekarang dah jadi macam satu lagi trend semasa. Jambang yang saya maksudkan ini ialah bulu atau anak rambut yang tumbuh di bahagian tepi muka hingga ke bawah iaitu dagu. Rasanya kalau dah berjambang, janggut mesti ada sekali. Pelik pulak kalau dah berjambang tanpa janggut.

Kalau yang jenis berbulu, saya rasa tak ada masalah. Bulu ni akan tumbuh sendiri. Tapi bagi mereka
yang jenis kurang bulu tapi nak cuba trend berjambang ni memerlukan sedikit usaha dan modal lah. 
Ok itu nanti kita cerita kat bawah yer. Sekarang nak kongsi dulu gambar jenis fesyen berjambang.


For me stubble short just fine. Tapi bergantung jugak pada bentuk muka dan fesyen jambang apa 
yang hendak dibawa.

Kenapa saya katakan yang ianya menjadi trend semasa? Sebab ramai selebriti antarabangsa dan local act yang dah carry trend ni. Jom kita tengok siapa di antara mereka....

 For sure David Bechkam

 Next we have Ryan Kwanten

Also Zac Efron

Yang lain-lain tu goggle sendiri la yer.....
Hah! Bila dah berjambang ni kena rajin la sikit, rajin untuk trim biar nampak kemas. 
Kalau tak rajin, kalau semut masuk mesti sesat semut tu...
A few tips yang boleh follow :

1. Kena ada shaver yang boleh laras berapa panjang yang kita nak tinggalkan.
2. Rajin-rajin la basuh jambang tu. Tepek sikit after shave kalau ada, biar wangi sikit.
3. Kalau malas sangat better pergi salon/ kedai gunting rambut. Suruh dia orang yang trimkan.
4. Disiplin dan rajin.

Ok sekarang part yang last iaitu khusus untuk mereka yang nak bagi bulu jambang tu tumbuh.
Saya pun sebenarnya kategori yang tak ada jambang tapi nak cuba tengok muka sendiri bila
berjambang. Ok ke tak ok.... Kalau ok boleh procced, tak cuba tak tahu kan?
Kalau google ada lah beberapa produk kat Malaysia ni yang dijual khas untuk bagi bulu kat badan tumbuh. Ada orang nak bagi misai lebat, jambang lebat dan yang paling banyak aku rasa nak bagi rambut lebat. Tapi kalau khusus untuk jambang dan misai adalah a few. Antaranya Tok Sheikh Beard Oil atau Dream Hair. Saya tengah pakai Dream Hair, baru je pakai dan tak tahu lagi keberkesanannya. Kalau ikut iklannya, kesan pertumbuhan rambut/bulu seawal minggu ke-3 hingga 2 bulan. 
Ok, sekarang just wait and see la yer...

SIRI BARU AMERICA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 21 (BOYS & GIRLS)


Peminat tegar rangkaian Top Model macam aku ni mesti follow mana2 franchise Top Model especially the origin one which is America's Next Top Model la...
Terbaru yang tengah on air sekarang ialah America's Next Top Model Cycle 21. Sama macam previous cycle masih ada peserta lelaki lagi. Ala sajer la tu nak bagi drama sikit.

Sekarang kalau ikutkan dah minggu ke-3 means dah 3 episode on air. Last episode Ivy was eliminated and this week tak tahu lagi siapa yang terkeluar (kat US malam rasanya baru on air). Tetapi semua gambar untuk setiap episod dah pun tersebar sebab dia nak ambik markah voting online. Sebab tu la semua setiap peserta took part untuk setiap episode photoshoot kecuali ada seorang guy contestant yang half way thru je, Romeo (tatoo guy). Tarik diri la tu.....

Dalam banyak2 photoshoot theme aku paling suka theme yang 'selling MCM products'. Yo la, aku kan tengah berangan nak dapatkan beg MCM ni. Tak silap lokasi photoshoot ni kat South Korea's airport sebab untuk cycle ni international destination dia orang ialah Seoul, Korea. Mungkin awal minggu dia orang tiba di Korea. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Extra info, Adam Smith heritage from Malaysia. Mak dia rasanya cina Malaysia. Biasa Star World ambik ANTM untuk slot diaorang, mungkin lambat sikit kot. Aku tengok online. Google je kat youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...