Pages

Monday, October 11, 2010

AKU SEBUAH BUKU SKRAP

TAJUK KARANGAN : AKU SEBUAH BUKU SKRAP
OLEH : ADI EMRAN
KELAS : 6 BERLIAN

Aku merupakan sebuah buku skrap yang agak antik. Kalau nak kategorikan aku dalam kalangan buku skrap 'warga emas' pun boleh juga kerana usiaku yang sudah menjangkau 13 tahun. 13 tahun kalau ikut spesis buku seperti aku ini adalah satu jangka masa yang agak lama. Ini kerana pakaian luarku yang diperbuat daripada plastik lutsinar sudah pun menjadi comot. Terdapat juga rekahan-rekahan kecil di setiap penjuru tubuhku.

Bercerita tentang diriku sewaktu aku dilahirkan, sebenarnya aku dicipta oleh tuanku lantaran dirinya yang sangat taksub dengan kelebihan kreativiti yang beliau miliki. Ini ditambah lagi dengan hobi beliau yang sangat gemarkan membeli dan mengumpul majalah-majalah berbahasa Inggeris sejak beliau di bangku sekolah menengah lagi. Antara majalah yang aku ingat dikumpulkan oleh beliau ialah seperti galaxie, lime dan smash hits. Oleh kerana koleksi majalah beliau ini tersangat banyak dan beliau merasa sayang untuk membuangnya lantaran tidak mempunyai cukup ruang untuk menyimpan, maka beliau bercadang untuk menghasilkan aku.

Proses pertama mencipta diriku ini dimulakan dengan mencari idea bagaimana untuk menghias setiap organ dalamanku. Untuk pengetahuan semua, aku mempunyai 26 organ dalaman yang sama dengan setiap satunya. Selepas mendapat idea barulah tuanku akan memulakan proses menggunting, menampal, melukis, mewarna dan menghias ke atas setiap organ dalamanku. Pada masa yang sama juga setiap pasang organ dalamanku telah ditetapkan oleh tuanku dengan seorang selebriti ataupun sebuah kumpulan muzik. Tempoh masa proses menghias sepasang organ dalamanku tidak tentu. Sekiranya tuanku mempunyai banyak idea untuk menghias organ dalamanku maka sekejaplah organ dalamanku boleh disiapkan dan begitulah sebaliknya.

Setelah 6 bulan selepas aku dicipta, maka secara mutlaknya aku telah pun siap sepenuhnya. Secara fizikalnya aku mempunyai fizikal yang cukup sempurna. Pakaianku cukup glam dan penuh warna warni. Dari pengamatan aku, tuanku amat sayang dan bangga dengan diriku. Ini kerana dalam tempoh 13 tahun usiaku, beliau telah menjaga ku dengan baik. Aku telah ditempatkan di dalam sebuah kotak bersama barang-barang kesayangannya yang lain. Dan untuk pertama kalinya dalam hidupku beliau telah mengambil keputusan untuk mempamerkan diriku di dalam blog kepunyaan beliau. Aku sungguh cemas dan berasa berdebar-debar kerana inilah pertama kali aku dipertontonkan dikhalayak ramai.

Kulit buku skrap. Mini cover for lime magazine

Memo dari tuan punya buku skrap. Gigih tak gigih.....setiap huruf pada setiap perkataan digunting dari majalah dan ditampal. Oleh kerana saiznya yang agak kecik maka berpinar-pinarlah mata membuatnya

Among fav page, as stated on the page 'exclusive'....VERY EXCLUSIVE yea.... no photoshop!

Sections dalam buku skrap nie. Lebih kurang macam blog ni la, ada section fashion, muzik, magazine and celebrities.

Antara fav boy band yang ada kat buku skrap ni, Nsync.....

Jajarkan ke Tengahand spice girls.....

and boyzone....

Banyak lagi sebenarnya selebriti/band dalam buku skrap ni. Ada BSB, LFO, The Moffats, Natalie Imbruglia, Mandy Moore, Plus One, Ricky Martin, Kavana, Jessica Simpson, M2M, Enrique Iglesias, Linkin Park, Pink, Craig David and more...Artis-artis ni cukup popular sekitar tahun 1998/1999.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...