Pages

Tuesday, February 15, 2011

RUANG TAMU HITAM DAN PUTIH

BACKGROUND MUSIC : WISHING I WAS THERE BY NATALIE IMBRUGLIA


Natalie Imbruglia - WIshing I Was There .mp3


Found at bee mp3 search engine


Lately nie suka bebeno dengar lagu lama. So entry kali nie berlatar belakangkan lagu Wishing I Was There dari Natalie Imbruglia. One of my peberet single from her.

Ermmmm....... lepas check balik statistik blog, didapati catatan yang paling banyak di jengok oleh orang awam ialah 'RENOVASI BILIK TIDUR'. So aku terfikir nak share lagi satu bahagian kat rumah aku yang aku rasa boleh tahan jugak la..... Tak tau lah, citarasa orang lain-lain kan..... Maka bahagian yang aku maksudkan ialah ruang tamu rumah aku. Hehehe........

Sebenarnya bahagian ruang tamu aku simple je...... Main colours tetap black and white yang aku rasa memang colours yang cukup2 in for internal decoration bagi tahun 2010. Tak caya? Korang bukak balik majalah impiana atau apartment impiana....... Tengok colour themes apa yang paling fav dan paling banyak org choose untuk rumah diaorg untuk 2010. Sebenarnya aku start masuk rumah aku ni pada 2009 dan inilah decoration dari aku start masuk sampai sekarang. Tak ada lagi major changes yang aku buat, so kiranya aku antara perintis la untuk colour theme black n white nie...... Ahaks.... tak de la, acah je mungkin kebetulan la tu. Tapi for me personally, combination black n white ada pesona. It can be look exclusive kalau kena dgn soft furniturenya or look simple but still nice kalau tak over limit. Yang penting pandai mix n match...

Nak bagi kontra sikit, aku guna warna hijau. Dats y ada pokok hidup dgn kusyen. Additional colour is silver sbb silver masih lagi good fren of black n white. Lighting jangan ambik enteng ye (enteng=mudah)...... Kadang2 kalau kena dgn caranya decoration yang simple pun boleh nampak meriah jugak. So untuk rumah aku nie aku gunakan 2 chandelier. Dan aku amat berpuas hatilah dengan hasilnya.

Wall deco kat ruang makan tue aku lukis tangan ye sbb time tu tak ade budget nak beli wallpaper. Ye la nak duduk rumah baru besar dohhh budget. Dari jauh nampak macam 'boleh la' tapi dari dekat memang nampak 'haram'. Nak ganti baru rasa macam sayang sbb mengenangkan payah dan azabn nak menyiapkannya.

Dari luar...... L shaped sofa tu aku beli kat cavenzi tapi aku rasa buat masa sekarang nie banyak kedai-kedai perabot dah ada design sebijik macam sofa tu. Murah jeee, lebih kurang seribu lebih. Pokok palma tu plak sebenarnya pokok yang aku letak sebelom pokok tapas yang sekarang aku letak kat tepi set tv aku. Ye la depa kan perlukan cahaya matahari yang cukup untuk hidup dengan sempurna (tetiber jadik cikgu sains) so terpaksalah aku rotate pokok-pokok kat tepi tv tue. Lepas nie berangan nak letak pokok yuca plak, tapi mahal sikit la......

Suka sangat dengan bayang2 dari bekas lampu nie.... Rasa macam horror pown ada gak... Oh ya, by the way sebelom hujung tahun nie bercadang nak buat minor makeover untuk ruang tamu dan ruang makan. Perlukan perubahan ye sbb dah boring. Dah ada idea tapi nak melaksanakannya tu tak tau bila nak start. Harap2 sebelom hujung tahun atau sebelom raya puasa dapat merealisasikannya.....

5 comments:

Azman Jaafar said...

memang ada kelasss

sesucifitrah said...

cantiknye,mmg pro designer:-)

Nur Raihana Abd Rahim said...

cantiknya rumah u..pandai deco ye ;)

My Little Life said...

Auitss cantik lampu tu... nice deco blh tau li kt ner lmpu tuuu

adi emran said...

Yg mcm sarang burung tu ke? Klu yg tu beli kt tmn perumahan sya, tmn pulai indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...