Pages

Sunday, August 28, 2011

SIMPLE MAKEOVER : RUANG TAMU WARNA TURQUOISE


Dalam entry2 aku yang sebelom nie aku memang ada mention nak buat sikit pembaharuan untuk ruang tamu + ruang makan rumah aku, yelah dah hampir 3 tahun kan..... Dan kerana itu, berbaki lagi kurang 2 minggu je lagi nak raya, aku dengan gigihnya telah memotivasikan diri aku untuk melawan sindrom M.A.L.A.S yang time tue tengah menular dalam tubuh badan aku nie + tengah berpuasa. So faham2 je la.... kalau bulan puasa gandaan M.A.L.A.S tue adalah dalam gandaan 5 (itu yang paling minimum).

Kejayaan melakukan makeover nie bukan datang bergolek yer hadirin dan hadiran sekalian. Banyak jugak lah halangan yang mesti aku tepis, antaranya :
  1. Kos - Kos antara masalah terbesar aku dalam membuat makeover ini. So untuk itu, aku terpaksa mencarik sumber2 kewangan yang aku ada. Macam kebetulan pulak kan, lebih kurang separuh bulan puasa, dapat rezeki yang tak disangka2 iaitu dapat duit raya (bonus) separuh bulan gaji untuk orang yang macam aku nie hah yang berkhidmat dengan kerajaan. Tapi perlu diingat yer hadirin sekalian, aku jugak kena reservedkan sejumlah wang untuk persiapan rya aku dan keluarga aku jugak. Abis tue, takkan aku nak beraya pakai baju yang dibuat dari langsir rumah aku tahun lepas, orang datang umah aku nanti tak kan nak serve dgn air masak jew dan tak ada kuih raya..... So aku kena carik sumber kewangan lain yang boleh support aku dan untuk itu, mrs aku telah bermurah hati untuk menyumbangkan sejumlah wang untuk merealisasikan makeover ini.
  2. Warna cat - Aku memang tertarik betul warna baby blue dan baby turquoise untuk tahun 2011 nie. Dan dek kerana terlalu taksub dengan warna nie, aku memang nak sangat-sangat warna nie sebagai satu warna baru untuk ruang tamu tamu + ruang makan rumah aku. Mula2 masa nak beli cat tue, aku siap bawak sample lagik warna yang aku nak. Tup.. tup bila bukak katalog warna cat, satu warna pun tak ada yang sama dengan sample yang aku bawak. Amoi yang jual tu cakap, sample warna yang aku bawak tu warna biru cair sebenarnya. Aku pikir2.... dah banyak sangat warna biru dalam hidup aku nie sebenaranya (not included 'otak biru' yer, kang aku lengan karang), t-shirt aku dah la banyak biru, cat bilik aku yang kat kampung tue pun dah biru. So aku decide nak amik warna baby turquoise.... So aku pun amik lah satu warna nie yang pada aku macam baby turquoise. Hadirin tau tak apa yang terjadik selepas proses mengecat selesai? Ok, sebelum tue aku nak highlight kan yang proses mengecat aku buat sorang2 wokey. Macam nak pitam rasanyer nasib baik buat lepas buka, kalau tak aku rasa silap2 haribulan aku kena qadaq 1 hari puasa untuk thn depan. Sambung balik citer mengecat tadik, rupanya2 cat yang aku beli tue bila dah kena dinding dan kering, warnanya more tu hijau compare to biru, Oh no..... wrong colour! Terpaksa lah proceed walaupun dalam hati aku nie tengah berbuku2.... Yelah takkan aku nak beli lagi se'tong' dan saper plak nak mengecatnya.....
  3. Lighting - Down light aku yang sebelum nie memang menimbulkan suasana yang sangat 'romantik', tak terang langsung. So untuk makeover nie, aku telah ubah kepada mentol yang 16 watt, tapi ada 1 problem, aku terpaksa bukak semua kaca cover down light aku tue sebab mentol yang 16 watt panjang sangat. Tapi hasilnya memang mengagumkan! Tepuk tangan untuk diri sendiri !
  4. Kusyen sofa - Kusyen sofa agak tak matching warnanya sebab aku budget aku banyak guna warna biru. Tapi warna cat dah more tu hijau kan, dah tak bole buat apa der. Ni pun sama, terpaksa proceed gak.
  5. Bunga penyeri - Bunga hydrangea palsu yang aku idam2kan sebagai penyeri meja makan aku tak ada warna biru. Yang ada cuma warna putih dengan purple. Ok tak pe, aku kena amik risiko lagi beli je la warna purple dengan harapan boleh 'masuk' bila proses makeover hampir selesai. Tapi yang ador, warna purple memang tak masuk langsung. Pas tue aku amik risk lagik, aku akan beli spray colour biru dan aku akan spray bunga nie. Hasilnya memang4x sungguh menakjubkan, warna nya dah hampir sama dengan warna bunga hydrangea yang real iaitu biru ke purple sikit. Tepuk tangan lagik untuk diri sendiri.
  6. Dekoder astro - Masa aku clean up ruang tamu aku ari tue, aku dengan confidentnya pergilah bukak semua wire2 yang berselirat kat belakang rak tv. Punya lah banyak kan wire2 yang ada, wire tv, astro, home theatre dan areal tv lagik, so habuknya pun berkadaran dengan jumlah wire yang ada. Lepas dah bersihkan, aku pergilah pasang balik wire2 tue, dan nak dijadikan citer dan banyakkan lagik halangan yang ada, dekoder aku terus break down. Timing dier langsung ting tong! Reset 0 setiap kali aku off power plug. Terpaksa lah aku call astro care dan budak tue suggest kat aku tukaq terus pada beyond TAPI aku kena bayar rm100 sebab dekoder aku dah rosak (kalau dekoder aku masih ok, free jork). Aku malas nak pikir2, lagi plak aku memang mati kutu kalau tak ada astro, so aku accept jew. Dia janji technician dier akan datang dalam tempoh kurang dari 5 hari bekerja. Masuk hari hari ke-4, aku dah risau sebab technician astro masih lagik tak call2 aku. Aku aper lagik, call lah semula astro care, budak yang on duty tue cakap report dah diterima oleh technician tue. Dia bagi aku phone number technician tue dan aku pun call lah.... Technician tue cakap, dia akan datang bsok tghari. Besoknya, seperti yang dijanjikan, dia datang memang on time, pasang pun tak sampai 30 minit dan aper yang lagik best ialah FREE haha......Free haper, nnti masuk kat bil!
  7. Wiring - Aku memang dah lama idam nak tukaq lampu gantung yang kat ruang makan aku tu pada kipas siling. Sebab kat area situ memang panas sikit. So aku pun beli lah kipas siling. Ada 3 yer individu yang aku plan nak hire untuk pasang kipas nie
  • Individu X : Charge upah dia mahal sangat, rm 60. So reject!
  • Individu Y : Cuma turunkan lampu gantung. Yang kipas tue dia kata nak pasang malamnya, bukan malam tue je, malam besoknya pun tak ader gak. Bila aku call langsung tak angkat. So yang ini dia reject aku, Erggggg.....
  • Individu Z : Individu nie bidan terjun, aku dapat last minit dan dia datang sebelum aku balik kampung and guess what, upah dia cuma rm25, aku tak sampai hati aku bagi rm30. Rezeki dia la tu wei...
8. Set sofa dan dining set - Kalau ikutkan aku nie, aku memang nak tukaq dua2nya sekali. Sofa aku nak carik yang fabrik baldu warna hitam atau putih. Set dining plak aku nak warna hitam. Tapi halangannya sama macam yang nombor 1 tue hah. Terpaksa postpone! :( raya tahun depan kowt.....

ruang tamu ruang makan warna baby blur baby turquoisePerhatikan warna cat dinding.... Aku tak tau lah kalau korang kategorikan itu warna biru, tapi kalau tengok real, warna tue more to hijau sebenarnya. Warna sarung kusyen langsung tak match, warna dia biru terang sangat.....

Ok, kalau lihat view yg kat gambar atas nie, baru nampak warna semua objek agak match. Sebab colour curtain tu banyak membantu.
Perasan tak corak bunga stenstil tue dah tak ada? Kali nie aku tukaq konsep guna teknik span. Asalnya nak beli cat yang rm300 yang ada efek 'rusting', tapi mahal sangat. Tak berbaloi dengan saiz dinding yang sekangkang kera tue.

Nak highlight kan pada bunga dan stand lamp baru aku tue. Sangat kontemporari ok stand lamp nie. Harga dier pun ehemmmm ehemmmmm sungguh menyeksakan. Tapi dah meroyan sangat kan nak jugak stand lamp tue.

Ni lah hasil bunga hydrangea palsu yang asalnya warna purple and then aku spray warna biru. Nice kan?????

Last sekali nak ucapkan timer kasih la pada semua individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tak dalam menjayakan make over nie. Especially tu my wife. Akhir kata....

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN



14 comments:

eamy milea said...

cantiknya deko2 kamu... :)

Jass Jaafar said...

Boleh tak saya nak tau luas ruang tamu umah awak... Tgh cari idea nk deco umah yg saya baru beli....

adi emran said...

wow... mesti excited nak decorate nih!

living hall saya x besar dlm 20x30....sebab tu x bole nak letak barang byk sgt, takut crowded

Awang Hafiz said...

tolong cat rumah sy sekali

adi emran said...

bole je...

Norihan Puat said...

as'kum...nak tanya langsir tu beli kat mn ..mmg menarik saya pun tgh plan nak decorate rumah saya thn ni warni ....

adi emran said...

O yg tu beli kt kota tinggi

Shaq mohd Bakeri said...

Aslkum..blh tunjuk ajar teknik cat dinding gne span tu x??

MY LIFE said...

Saye sokong...ajar la teknik cara camna nak cat dinding gune span tu..nampak cantik sangat..

adi emran said...

w'salam shaq juga MY LIFE....

oooo tak de proper teknik sbnrnya... guna je sponge ada banyak lubang, macam saya ari tu sya buat lubang sendiri sbb lubang yang ada kecik dan sikit sgt. pas tu celup satu permukaan sponge kt cat n then tekap je kt dinding. buat random....yg penting kombinasi color background dgn yg guna sponge kena nice....

selamat mencuba.... :)

Auntie Anne said...

blh x abg adi bgtau kod warna hijau turquoise tu & brand ape?tu pn klu masih ingat lg la:-)

adi emran said...

alamak dik, serious lupa. brand san cora rasanya. sorry....

Kemn Azmaili said...

i pun bluelover..feel free to visit mine ya! =)

adi emran said...

sure...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...