Pages

Saturday, November 12, 2011

CARTA 2011 : TOP 5 LAGU MELAYU

The chart continue.......

Tapi kali nie dengan top 5 lagu melayu sepanjang 2011. Just nak bagitau, chart ni chart suke2 sajork, so tak payah lah nak serius sangat dengan pertanyaan-pertanyaan kenapa lagu ni dan kenapa tak lagu tue atau mungkin kenapa tak letak lagu nie kat nombor 1 sebab lagu ni best compare to lagu-lagu yang lain? Allooooo..... ni carta aku wokey so 100% memang ikut taste aku. Tapi aku rasa tak larik jauh sangat lah dengan taste korang.

Ok jom kita skodeng lagu-lagu itu

5. AIZAT-SUNGAI LUI

aizat sungai lui

Lagu yang aku letak kat nombor 5 ialah AIZAT dengan SUNGAI LUI. Lagu nie sebenarnya dah released hujung tahun lepas. Tapi tak tahulah official released atau pun tidak, yang penting lagu nie memang hits untuk jangka waktu yang lama sampai ke awal tahun nie. Aku rasa saper2 lah yang dengar lagu ni untuk first time akan terus tangkap cintan. Yang paling best ialah melo lagu nie, catchy + urban + ada sentuhan nusantara sebab penggunaan instrumen angklung. Jarang kan kita boleh jumpa lagu hits sekarang guna muzikal instrumen tradisional? Terdahulu untuk lagu PERGI oleh Aizat jugak yang pernah menang untuk Anugerah Juara Lagu, kat dalam lagu tu ada penggunaan alat muzik erhu oleh masyarakat Cina

4. 6IXTH SENSE- MENYESAL



Lagu ni menjadi fenomena semasa langsungan drama Asmara 2 di tv3 sedikit masa dulu. Great match antara lagu tema dengan drama tue. Time tue drama dan lagu nie memang tgh naik giler. So thats y lagu nie ada dalam top 5 aku dan lagu nie aku letak kat nombor 4.

3. SHAHIR-LUAR BIASA



Mesti ramai yang confuse knapa tiba-tiba ada lagu ni. Mungkin korang akan cakap lagu nie hits sangat ker untuk tahun 2011? Ok, secara peribadi dan tanpa nak cover2 aku akui lagu nie merupakan antara lagu kesukaan aku. Walaupun pada awalnya aku agak susah jugak nak terima lagu nie sebenarnya. Mungkin aku bias kat penyanyi lagu nie. Antara sebabnya mungkin aku belom boleh terima macamana Shahir yang awalnya penyanyi sebuah kumpulan nasyid boleh masuk singing show, menang dan terus tukar konsep kepada pop. Atau mungkin jugak sebab aku tak minat langsung dengan first single dia 'kebahagiaan dalam perpisahan' yang pada aku macam jelmaan lagu-lagu era 80-90an. Tapi tue dulu lah, sekarang dah tak lagik. Macam yang aku pernah mention sebelum nie dalam salah satu entry aku, ada sesetengah lagu yang aku tengok clip lagu tue dulu baru aku suka lagu tue. So lagu LUAR BIASA Shahir nie aku kategorikan dalam kelompok tersebut. Suka dengan konsep clip lagu nie and ada Tasya Tila wokey dalam clip nie.

2. ALYAH-KISAH HATI



Nombor 2 untuk 5 lagu melayu terbest tahun 2011 aku letak ALYAH-KISAH HATI. Lagu Alyah nie sama kes dengan lagu 6ixth Sense, terus jadik hits bila digunakan untuk lagu tema drama tv. Drama tersebut ialah Stanza Cinta lakonan Fizz Fairuz dan Nur Fathia yang pernah bersiaran ditv3 pertengahan tahun nie. Macam yang aku ada mention kat entry aku sebelom nie pasal lagu nie, everything about this song lyric, melo and of cos the clip video AMAZING!

1. HAFIZ-AWAN NANO



Tadaa.....

HAFIZ dengan AWAN NANO nya aku letak di posisi 1. Untuk kes lagu AWAN NANO nie, lagu nie jadik fav aku sama kes macam lagu Shahir-Luar Biasa. Klip dier best sebab ada jalan citer yang senang difahami.

Note : Aku malas nak karang panjang2 untuk kelima-lima lagu kat atas sebab semua lagu-lagu tue aku dah buat special and individual entry (kecuali Aizat-Sungai Lui). So boleh bukak balik kat arkib blog aku. Additional note, semua lagu2 kat atas nie jugak qualified utk semi final muzik-muzik 26 start jumaat 18,25 Nov and 2 Dec 2011, so cant wait to watch!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...